MAJLIS Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Keputusan itu dicapai dalam Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung Pakatan Harapan dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki berkata, majlis itu bersetuju untuk memastikan apa jua keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk sensitiviti dan membuka ruang perselisihan mesti segera dirujuk kepada majlis itu.
‘’Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan.
Mesyuarat Majlis Perundingan itu berlangsung kira-kira sejam di Kompleks Sri Perdana di Putrajaya. Ia diadakan selepas mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan oleh Anwar
Mesyuarat yang bermula sekitar 5.15 petang itu berakhir kira-kira 6.20 petang, dengan tumpuan kepada isu politik semasa termasuk situasi di Negeri Sembilan.
Sumber dipetik Bernama berkata perbincangan turut menyentuh persiapan menghadapi pilihan raya negeri Melaka dan Johor, serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Agung UMNo Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.


