Kerajaan Negeri Sembilan bukan lagi kerajaan minoriti, tegas Aminuddin

DATUK Seri Aminuddin Harun menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bukan lagi kerajaan minoriti selepas UMNO bersetuju untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata,  status kerajaan negeri kembali seperti sebelum tercetusnya krisis politik.

“Selain itu, dua ADUN pembangkang daripada Bersatu juga menyatakan tidak lagi menyokong sebarang usaha untuk menukar kerajaan negeri. Fokus saya sekarang adalah untuk melaksanakan tugas,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seremban.

Krisis politik tercetus di Negeri Sembilan apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO hilang kepercayaan terhadap Aminuddin. Keadaan menjadi lebih tegang apabila BN mendakwa, mereka mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dengan sokongan ADUN Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun keadaan reda apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi campur tangan dan menganggap pendirian UMNO Negeri Sembilan itu adalah keputusan sendiri.

Justeru usaha dilakukan oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH) pusat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Lanjutan itu semalam kedua-dua parti mengadakan mesyuarat majlis perundingan dan memutuskan kesemua 14 ADUN BN menyokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun hari ini Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias menegaskan, ADUN BN tidak akan kembali menjadi Exco Kerajaan Negeri  dan kekal dengan pendirian hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, beliau belum bercadang untuk mengisi empat kekosongan jawatan exco  susulan keputusan ADUN BN itu.

“Buat masa ini, kita belum putuskan (untuk mengisi jawatan tersebut)… beberapa perkara dan tugas akan dipikul oleh Exco sedia ada. Pelantikan baharu akan mengambil sedikit masa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img