Jangan jadi batu api – Wan Rosdy ingatkan Guan Eng

NAIB Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya tidak menjadi ‘batu api’ yang boleh mencetuskan masalah lebih besar dalam hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Tegasi beliau, kenyataan Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan BN sebagai tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan, tidak membantu ketika kedua-dua parti sedang berusaha menangani isu-isu berbangkit.

“Saya ingin mengingatkan Lim Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin Guan Eng yang juga Penasihat DAP menyifatkan UMNO dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan dan menggesa rakyat untuk menolak mereka pada pilihan raya akan datang.

Merujuk percubaan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengketepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi.

“Jelas sekali BN dan UMNO telah menunjukkan diri mereka sebagai rakan kongsi yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan,’’ kata Guang Eng.

Wan Rosdy berkata, walaupun ada segelintir pihak dalam UMNO dan BN turut mempunyai pandangan negatif terhadap Guan Eng, semua pihak harus bertindak matang demi kestabilan politik.

“Sebagai pemimpin senior, tanggungjawab kita adalah untuk menyatukan dan memperkukuhkan kerajaan perpaduan, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan,” katanya.

Pada Isnin lepas, Lim menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai dan menggesa pengundi supaya menolak mereka pada PRU akan datang.

Beliau turut membangkitkan tindakan 14 Adun Umno, yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, sebagai bukti kesanggupan BN mengetepikan kepentingan negara demi keuntungan politik.

Lim selanjutnya membangkitkan kenyataan berulang pemimpin BN dan Umno mengenai kemungkinan bertanding secara berasingan pada PRU16, walaupun masih berada dalam kerajaan perpaduan.

Pengerusi BN Zahid Hamidi pada 2 Mei lepas mengesahkan bahawa gabungan itu ‘hampir pasti’ bergerak solo pada PRU16, walaupun ‘persefahaman bersama’ dengan parti-parti lain harus dicapai bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img