Warga emas lelaki maut dihempap traktor

SEORANG lelaki warga emas maut selepas traktor yang dipandunya terbabas, sebelum terbalik dan menghempapnya di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mansor Mamat, 71 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dikejarkan ke lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Mohd Anuar Mamat memaklumkan, pihaknya berjaya mengeluarkan mayat mangsa dengan bantuan jentera dengan melibatkan lima anggota jam 3.05 petang, lapor Buletin TV3.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Daerah Hulu Terengganu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img