Asrama tahfiz terbakar ketika pelajar sedang bersarapan, tiada mangsa terkorban

SUASANA tenang waktu sarapan pagi bertukar cemas apabila asrama tiga tingkat sebuah pusat tahfiz di Kampung Gong Kepas Dalam, Besut, musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran, pagi tadi.

Bagaimanapun, semua pelajar terselamat kerana berada di dewan makan ketika api marak membakar tingkat atas bangunan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, PPgB Tarmimi Che Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.01 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.26 pagi dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh.

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama tahfiz tiga tingkat jenis separuh kekal dan kebakaran membabitkan tingkat dua serta tiga bangunan dengan anggaran kemusnahan sekitar 80 peratus.

“Ketika kejadian pelajar sedang makan pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera serta pili bomba berhampiran bagi mengawal api daripada terus merebak.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img