‘’UMNO perlu bermuhasabah, kembali ke pangkal jalan’’ – Hadi

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO sepatutnya melakukan muhasabah dan kembali ke pangkal jalan apabila tersalah.

Katanya, apa yang dilakukan sekarang, UMNO sedia meninggalkan asas Islam dan Melayu, laksana mencabut paku lantai kerana bekerjasama dengan PKR DAP kerana mahukan kedudukan, bukan kuasa dalam kerajaan.

‘’Tindakan ini melemahkan pegangan UMNO kepada dasar perjuangannya laksana mencabut paku lantai Islam dan Melayunya supaya masuk angin dari bawah, tidak cukup dengan angin melalui jendela yang terbuka. Sehingga menyebabkan UMNO berpenyakit dan semakin lemah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam ruangan Minda Presiden hari ini.

Abdul Hadi berkata, apabila paku lantai dicabut, maka lantainya banyak yang terbuka lalu masuk angin dari bawah rumah yang berpenyakit dan menambahkan lagi kelemahan UMNO.

‘’Ramai dalam kalangan UMNO yang menjadi bisu terhadap gejala negatif dan kemungkaran kerana lemahnya semangat Islam dan Melayu bumiputera mereka yang telah dihanyutkan oleh konsep liberal masyarakat majmuk.

‘’Keadaan ini terjadi kerana ingin menjaga kedudukan yang sedang berpijak di atas lantai yang lemah dan bergoyang akibat dicabut paku lantainya,’’ kata beliau.

Abdul Hadi menegaskan, ada dalam kalangan pemimpin UMNO dan ahlinya yang keluar daripada rumah kerana tidak tahan dengan angin yang masuk melalui celah lantai rumah yang renggang dan dari bawah rumah.

‘’Akibatnya tidak boleh dibiarkan merebak kerana kuasa politik umat Islam sudah semakin melemah, apabila UMNO memberi kuasa kepada banyak parti kecil bagi menubuhkan kerajaan campuran. Keadaan ini meminggirkan Islam dan politik orang Melayu sebagai kaum asal yang mendominasi penduduk,’’ katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, apabila orang  Melayu bersuara membangkitkan haknya, mereka dianggap rasis (bersifat perkauman). Adapun apa yang dilakukan oleh pihak lain pula, dianggap sebagai kebebasan bersuara.

‘’Allah mewajibkan umat Islam bersatu dengan berpegang kepada agama bagi meninggikan Islam, bukan semata-mata untuk bertakhta dan berharta. Umat Islam diharamkan berpecah belah disebabkan urusan keduniaan yang melemahkan merekaumat Islam memimpin kuasa politik.

‘’Walaupun berkhilaf dalam beberapa perkara, kedua-dua parti ini bersatu dalam perkara dasar dan perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam dan negara. Malah, beberapa kerjasama pernah berlaku antara Pas dengan UMNO dalam isu yang melibatkan dasar Islam dan keselamatan negara,’’ katanya.

Bagaimanapun kata beliau,  keadaan berubah apabila dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Pas  memperolehi banyak kerusi di beberapa negeri dan mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen.

Namun dakwa Abdul Hadi , UMNO menolak tawaran kerjasama bersama Pas atas alasan Pas lebih kuat daripada UMNO, dan ada yang beranggapan Pas akan membunuh UMNO

‘’ Tiba-tiba, parti bukan Islam pula yang mengangkat UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran dalam keadaan UMNO  tidak mempunyai kedudukan yang kuat,’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img