FULL STOP! Sultan Sharafuddin titah hentikan sepenuhnya isu ternak babi di Selangor

SULTAN Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah  kekal dengan pendirian Baginda seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan Media bertarikh 10 Februari 2026 bahawa baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di  Selangor Darul Ehsan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata,  pendirian tersebut dibuat setelah mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.

‘’ Baginda turut menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk kira-kira 9 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dipaparkan Facebook Royal Selangor Office.

Sehubungan itu, kata beliau,   Sultan Selangor menegaskan agar isu penternakan babi ini dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop) demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Negeri Selangor terus terpelihara.

”Baginda  berpandangan bahawa penternakan babi berskala besar mahupun kecil adalah tidak sesuai dilaksanakan di Selangor memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh, katanya.

Kata Mohamad Munir, selain itu, kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos yang amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Selangor sahaja.

 ‘’Justeru baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di Negeri Selangor. Bahkan negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img