Lelaki kerugian RM800,000 rumah dipecah masuk

SEORANG lelaki kerugian lebih RM800,000 selepas rumahnya di Taman Melawati, Selangor dipercayai dipecah masuk penjenayah, kelmarin.

Mangsa menyedari kejadian itu sebaik sahaja tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, lelaki itu mendapati ruang tamu serta beberapa bilik di dalam rumah dalam keadaan berselerak sebelum pemeriksaan lanjut menemukan kesan umpilan pada pintu belakang rumah.

“Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah dengan cara mengumpil jeriji dan pintu belakang sebelum menggeledah beberapa bahagian rumah.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian berjaya menemukan tiga kesan cap jari untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Anuar, semakan lanjut mendapati beberapa barang kemas serta jam tangan dipercayai hilang dalam kejadian itu.

“Anggaran keseluruhan kerugian adalah sekitar RM800,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya memastikan rumah sentiasa berkunci selain meningkatkan ciri keselamatan kediaman bagi mengelakkan kejadian pecah rumah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img