LEBIH 200 pemilik motosikal Ducati ‘menakluki’ Menara 118 hari ini bersempena konvoi We Ride As One 2026 – Malaysia Edition.
Program anjuran Ducati Official Club Malaysia (DOCM) itu diadakan serentak dengan sambutan global We Ride As One yang menghimpunkan komuniti Ducati di lebih 65 negara sempena ulang tahun ke-100 jenama itu.
Presiden DOCM, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, peserta konvoi dibahagikan mengikut kumpulan termasuk Ducati Sungai Buloh dan Ducati Kuala Lumpur bagi memastikan pergerakan lebih tersusun.
“Kira-kira 100 peserta bergerak dari lokasi perhimpunan utama dengan diiringi lima anggota polis trafik sebelum memasuki laluan sekitar Mahameru, Masjid Albukhary, Menara 118 dan Stadium Merdeka,” katanya ketika sesi taklimat We Ride As One di Ducati Kuala Lumpur.
Nazir berkata, peserta turut diberi masa kira-kira sejam untuk naik ke kawasan tinjauan bagi sesi bergambar berlatarbelakangkan Menara 118 sebelum konvoi meneruskan perjalanan ke Janda Baik melalui Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
OʻWe Ride As One merupakan acara tahunan Ducati yang menggabungkan pemilik motosikal jenama itu di seluruh dunia.
Edisi 2026 menjadi sebahagian daripada sambutan Centenary Ducati menjelang World Ducati Week di Misano, Itali pada Julai ini


