Murid tahun 6 meninggal dunia selepas pengsan di perhimpunan sekolah

SEORANG murid lelaki meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan ketika menghadiri perhimpunan di sebuah sekolah di Kapar semalam.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu merupakan murid tahun enam di sekolah terbabit, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, murid berkenaan dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika berada di perhimpunan sekolah.

“Dia kemudian dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan namun disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, hasil bedah siasat dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian.

“Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations) dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img