
ISU ternakan babi di Selangor sepatutnya tidak berbangkit lagi apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tidak berkenan penternakan haiwan tersebut di negeri berkenaan.
Jadi tak payah buang masa mahu memperdebatkan lagi sehingga tercetusnya fitnah memfitnah antara satu sama lain. Paling malang melibatkan sesama orang Melayu sepertimana serangan yang dilakukan ke atas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menghadap Sultan Selangor pada 8 Mei lalu bagi menyembah maklum berhubung 15,296 akaun palsu dikenalpasi menggunakan nama 26 kerabat diraja termasuklah nama baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Tetapi oleh kerana semasa beliau menghadap itu, isu ternak babi tengah panas ada pihak secara membabi buta melakukan ‘sondolan politik’ untuk memfitnah beliau.
Berikutan itu puak ‘yang jisim otak sudah berulat dengan fitnah’ menghamburkan tohmahan kononnya Fahmi berjumpa Sultan Selangor berkaitan isu ternakan babi sedangkan pertemuan itu sudah diatur berminggu-minggu sebelum isu tercetus.
Selain itu Fahmi adalah MENTERI KOMUNIKASI bukan MENTERI PERTANIAN atau MENTERI BESAR SELANGOR yang ada kaitan dalam soal babi. Fahmi menghadap atas kapasiti beliau sebagai menteri yang menjaga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Fahmi hanya menyembah maklum statistik isu akaun palsu kepada baginda bukannya membentangkan jumlah babi yang akan diternak di Selangor. Isu haiwan itu langsung tidak disentuh dan tiada kaitan sama sekali dengan sesi menghadap tersebut.
Oleh itu hentikanlah fitnah terseut. Jangan seronok sangat mahu mempolitikkan dan memanaskan sesuatu isu sehingga fitnah menjadi senjata. Kalaupun teruja sangat hendak membantah penternak babi janganlah sampai memfitnah sesama sendiri.
Ingatlah kita bukannya berada pada zaman 90-an, era sekarang semua maklumat boleh diperolehi dengan cepat sama ada ia benar atau palsu. Begitulah juga fitnah ke atas Fahmi kebenaran pasti muncul.
Kalaupun tidak suka atau tidak sokong atau mahu berhujah tidak payah memfitnah. Simpanlah sikit kejahilan, kalaupun mahupun berpolitik. Janganlah kerana isu ternak babi kita berbalah, sesungguhnya semua itu tak ada faedah!


