Penganggur didakwa rogol remaja perempuan dalam stor

EORANG penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharunatas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah stor di Kampung Pasir Hor, di Kota Bharu, tahun lalu.

Tertuduh, Nur Muhammad Hafuza Ahmad Sadri, 23, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan rogol ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah bilik stor di Kampung Pasir Hor,  jam 2 pagi, pada 13 Ogos 2025.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyimie Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hanis Mohamad Shariff.

Terdahulu, Mohd Hanis memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img