Rancangan tebatan banjir di Pahang libatkan 18 projek, kos RM3.184 bilion

KERAJAAN Pusat dan kerajaan negeri Pahang memperuntukkan sejumlah RM3.184 bilion untuk pelaksanaan 18 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan yang diluluskan itu merangkumi perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan RMK-13 yang sedang dilaksanakan.

Menurut beliau, daripada 18 projek itu, sebanyak 11 projek sudah bermula secara fizikal di tapak, manakala enam projek dalam proses reka bentuk dan satu lagi projek baru sahaja diluluskan dalam Rolling Plan Pertama (RP1) RMK-13.

“Projek yang bermula secara fizikal di tapak membabitkan beberapa daerah antaranya di Pekan, Kuantan, Temerloh, Lipis dan Bera.

“Alhamdulillah, kosnya membabitkan RM3.184 bilion dan satu angka yang banyak, saya yakin ia dapat membantu mengurangkan risiko banjir di negeri ini,” katanya ketika menjawab soalan V Arumugam (BN-Sabai) mengenai tahap perkembangan dan pelaksanaan projek RTB di Pahang, pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

Menjawab soalan tambahan projek RTB di Sungai Bentong yang bermula pada November 2025, Wan Rosdy berkata, projek berkenaan dijangka siap pada November 2029.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kontraktor yang dilantik sekiranya semuanya berjalan lancar dan tiada masalah di luar kawalan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img