Pura-pura beli cincin tunang, dua lelaki dicekup kes curi emas RM26,000

TAKTIK dua lelaki berpura-pura mahu membeli cincin pertunangan sebelum melarikan barang kemas bernilai hampir RM26,000 di sebuah kedai emas di Jerantut, Kuantan akhirnya terbongkar apabila mereka diberkas polis di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 63 tahun ditahan di Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, polis berjaya merampas semula gelang emas dan cincin pelbagai saiz yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

“Nilai keseluruhan barang kemas yang dirampas dianggarkan RM26,000 mengikut harga pasaran.

“Turut dirampas sebuah motosikal, telefon bimbit, kad bank dan pakaian bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing juga negatif dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Terdahulu, media melaporkan polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas di Jerantut pada 28 April lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dipercayai memasuki premis berkenaan dengan berpura-pura mahu membeli cincin pertunangan sebelum melarikan beberapa barang kemas yang dipamerkan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img