Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama sekolah

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Satu ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah menengah di Paloh, Gua Musang, sebelum disahkan meninggal dunia akibat pendarahan spontan di kepala serta paru-paru berair, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.53 pagi itu, mangsa berusia 13 tahun dipercayai rebah di asrama sebelum dibawa pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa yang memaklumkan anaknya ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah terbabit.

Menurutnya, pegawai perubatan di klinik berkenaan bagaimanapun mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, pemeriksaan bedah siasat dijalankan pada jam 3.30 petang di Hospital Gua Musang.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan secara tiba-tiba di bahagian kepala selain paru-paru berair,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img