Abd Halim lapor diri, mulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

DATUK Seri Abd Halim Aman hari ini secara rasmi melapor diri dan memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

SPRM dalam kenyataan berkata, Abd Halim dilantik menggantikan Tan Sri Azam Baki menerusi surat pelantikan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada 25 April 2026.

Pelantikan tersebut diperkenankan oleh  Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Abd Halim Aman dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026 sehingga 12 Mei 2028.

‘’Seluruh warga SPRM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau dalam menerajui usaha memperkukuh integriti, tadbir urus serta agenda pembanterasan rasuah negara,’’ kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img