Polis bongkar kilang e-waste haram, rampasan lebih RM47 juta

POLIS menumpaskan kegiatan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram dengan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM47 juta menerusi serbuan di tiga premis kilang sekitar Nilai dan Kuala Sawah, Seremban.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, serbuan pertama dilakukan di Kawasan Perindustrian Nilai pada 15 April lalu sebelum dua lagi premis diserbu di Kuala Sawah pada 6 Mei.

“Hasil serbuan di Nilai, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 37 dan 43 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga premis bagi membantu siasatan.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut menyita barangan disyaki e-waste serta 39 mesin dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM47.6 juta,” katanya pada sidang media hari ini yang turut dihadiri oleh Pengarah JAS Negeri Sembilan, Abdul Aziz Parmin.

Alzafny berkata, pemeriksaan turut mengesan tiga kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024.

Katanya, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga mengeluarkan saman dan mengarahkan ketiga-tiga premis menghentikan operasi serta-merta kerana beroperasi tanpa lesen dan kelulusan sah.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Polis bersama agensi berkaitan akan terus mempergiat pemantauan dan risikan bagi membanteras aktiviti pemprosesan e-waste haram yang boleh menjejaskan keselamatan, kesihatan awam dan alam sekitar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memantau media sosial susulan komen berunsur provokasi atau hasutan berkaitan krisis institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan.

Katanya, kertas siasatan berkaitan perkara itu sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img