‘’Saya sangat menentangnya’’ – Johari bantah Jho Low diberi pengampunan

AHLI perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak patut diberikan pengampunan, sebaliknya perlu dibawa pulang ke Malaysia untuk menghadapi siasatan dan perbicaraan lanjut.

Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau sangat menentang sebarang usaha untuk memberikan pengampunan kepada Jho Low.

“Saya sangat menentangnya. Dia perlu dibawa balik ke Malaysia untuk siasatan dan perbicaraan lanjut,” katanya.

 Jho Low dikatakan memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor Wall Street Journal

Sumber yang mengetahui perkara itu berkata, permohonan berkenaan dikemukakan beberapa minggu ini dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah dihadapinya di AS.

Menurut laporan itu, laman web Jabatan Kehakiman menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low masih dalam proses bagi ‘Pengampunan selepas Menjalani Hukuman’ yang difailkan tahun ini.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata, permohonan Low tidak berada dalam perhatian Rumah Putih ketika ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img