Pekerja pembersihan mengaku salah amang seksual dua remaja lelaki di pusat pemulihan

SEORANG pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di sebuah pusat pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), April lalu.

Tertuduh, Noor Azlan Mat Nayan, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di tandas berhampiran bengkel vokasional sebuah institusi pemulihan di Seberang Prai Utara kira-kira jam 11 pagi, 21 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun di lokasi sama kira-kira jam 9 pagi pada awal April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak yang memohon mahkamah menetapkan tarikh fakta dan hukuman selain tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh berikutan kesalahan serius membabitkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Tertuduh juga tidak memohon jaminan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 Jun depan untuk fakta kes dan hukuman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img