MB Pahang sembah ucapan tahniah kepada Tengku Hassanal tawan puncak Gunung Kinabalu

MENTERI Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy  Wan Ismail merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu, hari ini.

Katanya, kejayaan penuh bermakna ini mencerminkan keperibadian unggul, ketahanan fizikal dan mental, serta semangat juang yang tinggi dalam menempuh setiap cabaran.

‘’Kecekalan yang dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku bukan sahaja menjadi lambang keberanian dan disiplin, malah turut menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya golongan muda, agar terus membina jati diri yang kukuh, berdaya tahan serta mengamalkan budaya hidup sihat.

‘’Patik berdoa semoga Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kekuatan, kesejahteraan yang berpanjangan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT, ‘’ katanya melalui Facebook, hari ini.

Tengku Hassanal berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, jam 8.25 pagi hari ini setelah memulakan pendakian Timpohon jam 8.20 pagi semalam dan tiba di Panalaban di ketinggian 3,272 meter pada jam 3.45 petang.

Baginda meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu di ketinggian 4,095 meter jam 3.20 pagi hari ini. Aktiviti pendakian itu diadakan sempena Ekspedisi Mahkota Borneo.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img