Kapal karam di Greece: Dua rakyat Malaysia ditahan selepas diselamatkan

DUA rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Greece selepas diselamatkan apabila  kapal membawa mereka karam di perairan Kastellorizo, Greece, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata,mereka  ditahan oleh pihak berkuasa tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang alam sekitar, khususnya berkaitan kerosakan terhadap ekosistem marin akibat pelanggaran terumbu karang.

‘’Kapal yang mereka naiki bersama tiga lagi rakyat Malaysia mengalami kerosakan teknikal dan sistem navigasi semasa pelayaran, menyebabkan ia melanggar terumbu karang sebelum tenggelam berhampiran perairan berkenaan,’’ kata kementerian itu.

Bagaimananapun kata kementerian tersebut, ketiga-tiga rakyat Malaysia itu telah dilepaskan oleh pihak berkuasa Greece selepas melengkapkan proses dokumentasi dan imigresen.

Kementerian Luar juga berkata Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Greece dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta hak dua yang ditahan itu sentiasa terpelihara sepanjang proses perundangan berjalan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img