Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap mampu reda konflik AS-Iran – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim berharap usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat sarjana, penulis dan pakar hubungan antarabangsa terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam, Seyyed Vali Reza Nasr.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Kami memanfaatkan ruang pertemuan ini untuk bertukar pandangan berhubung perkembangan konflik AS-Iran, termasuk implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.

“Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook rasmi beliau malam ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img