MyKad baharu tidak jejas penebusan bantuan kerajaan – JPN

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminan proses peralihan kepada MyKad struktur baharu yang akan dilaksanakan mulai bulan depan tidak akan menjejaskan penebusan bantuan kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

JPN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan memastikan senarai penerima bantuan sedia ada kekal dalam sistem dan tidak tercicir sepanjang proses penukaran kad pengenalan berkenaan.

Menurutnya, penjelasan itu dibuat susulan dakwaan kononnya pengenalan MyKad baharu berisiko menyebabkan bantuan kerajaan menggunakan MyKad dihentikan.

“JPN menjalin kerjasama erat dengan pelbagai kementerian dan agensi penyalur bantuan bagi memastikan integriti data yang disalurkan kekal lancar dan utuh.

“Proses migrasi maklumat akan berlaku secara automatik dalam sistem pangkalan data pusat sekali gus memastikan bantuan terus diterima penerima yang layak,” menurut kenyataan itu.

JPN turut menjelaskan penambahbaikan ciri keselamatan pada MyKad struktur baharu akan memperkukuh proses pengesahan identiti penerima bantuan.

Katanya, pengenalan MyKad baharu itu juga tetap menyokong ekosistem sedia ada yang digunakan bagi tujuan penyaluran subsidi dan bantuan kerajaan.

“Fokus utama JPN adalah meningkatkan keselamatan identiti rakyat dan bukannya menyukarkan rakyat menerima bantuan kerajaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan khabar angin atau maklumat palsu yang mendakwa bantuan akan dihentikan jika MyKad tidak ditukar segera,” katanya.

Menurut JPN, proses penukaran MyKad baharu akan dilaksanakan secara berfasa manakala tatacara permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img