Lelaki Rohingya mengaku salah belasah rakan serumah hingga lumpuh separuh badan

SEORANG lelaki etnik Rohingya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap rakan senegaranya sehingga mangsa lumpuh separuh badan sebelah kanan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Rofik Syukur Mohd, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dan fakta kes dibacakan dalam bahasa Myanmar di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Shaiful Islam, 42, menggunakan sebatang kayu penggali tanah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Permatang Tinggi berhampiran kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Pala Bukit Tengah dalam daerah Seberang Perai Tengah pada jam 8.55 pagi, 4 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadhirah Abdul Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon satu tarikh lain bagi mendapatkan laporan perubatan lengkap mangsa sebelum hukuman dijatuhkan.

Menurut Nadhirah, setakat ini hanya laporan pemeriksaan awal diperoleh yang mengesahkan mangsa mengalami lumpuh separuh badan dan patah tulang tengkorak.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Jun depan untuk laporan perubatan serta jatuh hukum selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Terdahulu, media melaporkan perselisihan dipercayai berpunca daripada hutang makan ketika kedua-dua mereka tinggal serumah.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka koyakan di kepala, pendarahan otak, retakan tengkorak serta lumpuh separuh badan sebelah kanan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img