Lelaki maut dipercayai diserang gajah liar

SEORANG lelaki ditemukan maut di tepi sungai di Jalan Ladang Serasa, Gua Musang hari ini dipercayai selepas diserang sekumpulan gajah liar.

Mangsa, Razali Daud, 55, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira jam 11.38 pagi sebelum polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan kesan tapak kaki dan najis gajah berhampiran mayat mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Berdasarkan maklumat awam, mangsa dipercayai diserang sekumpulan gajah liar di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama penduduk berhampiran kawasan hutan dan ladang supaya lebih berwaspada ketika berada di lokasi berisiko ancaman hidupan liar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img