MBPJ tutup kawasan kebun haram di Damansara Damai

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil tindakan segera menutup kawasan lapang Urban Park 3 (Damai Belantara), Jalan PJU 10, Damansara Damai susulan aduan berhubung aktiviti pencerobohan tanah dan kebun haram yang dipercayai melibatkan warga asing.

MBPJ dalam kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan dilakukan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Petaling Jaya) 2005.

“Pihak MBPJ juga akan memasang papan tanda amaran ‘Dilarang Ceroboh’ serta membina pagar di sekeliling kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencerobohan berulang,” menurut kenyataan itu.

Menurut MBPJ, perancangan pembangunan di bawah Pelan Induk Landskap Taman Rakyat Damansara Damai juga akan disegerakan.

Tindakan itu dibuat selepas pihak berkuasa tempatan berkenaan menerima rungutan penduduk mengenai penerokaan tanah secara tidak sah di kawasan terbabit.

Satu lawatan tapak turut diadakan membabitkan beberapa jabatan dalaman MBPJ yang diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBPJ, Mohd Fauzi Maarop dan Pengarah Landskap MBPJ, Badrulzaman Jaafar.

“Untuk rekod, Taman Rakyat Damansara Damai atau People’s Park merupakan taman yang menggabungkan lima taman bandar dengan keluasan keseluruhan 48.48 ekar,”  tambah kenyataan itu.

MBPJ turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti pencerobohan, pembinaan haram atau penggunaan tanah secara tidak sah sehingga menjejaskan kepentingan awam dan kesejahteraan penduduk setempat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img