Polis buka kertas siasatan video pergaduhan tular di Rawang

POLIS membuka kertas siasatan berhubung satu video pergaduhan membabitkan beberapa lelaki dipercayai warga tempatan yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Senior Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas satu video dimuat naik di akaun Instagram seorang individu pada jam 6 petang.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Rawang-Batu Arang menghala ke Tol Rawang sebelum memasuki Lebuhraya PLUS di Rawang, Selangor.

“Pada hari ini jam 4.24 petang, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat laporan polis maklumat pertama berkaitan video pergaduhan yang tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati video berkenaan memaparkan beberapa lelaki tempatan terbabit dalam pergaduhan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

Katanya, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Prakash Sithambaram di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img