Johari tunggu surat Rafizi, Nik Nazmi sebelum putus status kekosongan kerusi

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, status Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen dan keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) hanya akan diputuskan selepas meneliti surat mereka.

Menurut Johari, beliau akan menunggu surat pemakluman rasmi pengosongan kerusi oleh dua bekas pemimpin PKR itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya cuma boleh bertindak setelah menerima dokumentasi, tidak (semata-mata) dengan mengambil maklumat selain dari itu,” katanya malam ini, lapor FMT.

Rafizi dan Nik Nazmi dalam sidang media selepas mengumumkan hala tuju politiknya hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada Johari untuk membuat keputusan mengikut Perlembagaan sama ada PRK perlu diadakan atau sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, sepatutnya tidak ada PRK selepas tempoh tiga tahun Parlimen untuk penggal ini, namun ada peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa Speaker boleh menulis untuk mengadakan PRK sekiranya kekosongan itu ada kesan kepada majoriti kerajaan.

Mengikut laporan media sebelum ini, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRK tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Parlimen terbubar secara automatik.

Tempoh itu bermula pada 19 Disember tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun Parlimen penggal ini bersidang buat kali pertama susulan PRU-15 pada November 2022.

Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan pengosongan kerusi masing-masing di Parlimen Pandan dan Setiawangsa bermula esok.

Kedua-dua bekas menteri itu turut mengumumkan keluar PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia secara rasmi mulai Selasa.

Surat pengosongan kerusi Parlimen akan diserahkan kepada Johari esok dan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, sehari kemudiannya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img