Anwar belum ikuti hala tuju politik Rafizi, Nik Nazmi

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau belum mengikuti perkembangan parti politik yang akan diambil bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Saya tak follow lagi,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai Parti Bersama Malaysia atau yang dilapor diambil alih kedua-dua bekas pemimpin PKR itu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pada Program Ramah Mesra PMX Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat Desa Mutiara Tebrau di Johor Bahru hari ini.

Terdahulu, Anwar menghadiri Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu mengumumkan keluar daripada parti berkenaan sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa Isnin.

Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perkara itu pada satu majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin itu di Petaling Jaya hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img