TUJUH rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel, selepas kapal mereka dipintas ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Mereka yang ditahan termasuk aktivis Zainal Rashid Ahmad yang sedang berlayar menaiki kapal Amanda pada jam 5 petang.
Mohamad Muhsin Zaidi pula yang menaiki kapal Isobella pula dipintas pada jam 5.20 petang.
Melalui laporan langsung di Facebook Global Sumud Nusatara, tiga lagi rakyat Malaysia iaitu Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Dr Syakirin Mohamed Senin yang menaiki kapal Ferluto dilaporkan ditahan pada jam 4.50 petang tadi
Sementara itu, Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari yang menaiki kapal Cactus pula ditahan pada jam 4 petang.


