JIM buru lelaki Bangladesh bantu perbicaraan kes mahkamah

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu perbicaraan kes pendakwaan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Dalam satu kenyataan media hari ini, JIM memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan individu dikenali sebagai Miah Forhad, 27.

Menurut kenyataan itu, lelaki terbabit beralamat terakhir di tingkat bawah sebuah premis di Lorong Chow Kit 4, Kuala Lumpur.

JIM memaklumkan, individu berkenaan diperlukan bagi tujuan perbicaraan di mahkamah berkaitan kes di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI), Erazazila Abdullah dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Maklumat boleh disalurkan menerusi talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat, manakala selepas waktu pejabat orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan JIM di talian 03-88801555.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img