Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat 10 flat PPR

PIHAK berkuasa sedang menyiasat dakwaan yang tular mengenai kejadian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat 10 sebuah flat projek perumahan rakyat (PPR) di Johor Bahru beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor, Khairin Nisa Ismail berkata, kejadian itu yang dikatakan berlaku beberapa hari lalu itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

“Difahamkan bayi malang itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat, dan ibu bayi itu didakwa berusia lingkungan 20-an. Kejadian ini menyayatkan hati dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Diharapkan orang ramai dapat memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menerusi gambar dan maklumat yang tular, mayat bayi berkenaan ditemukan di kawasan parkir flat berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis memaklumkan, kejadian ini masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img