Kontraktor maut, motosikal ditunggang rempuh kereta

SEORANG kontraktor maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta, yang membelok masuk ke stesen minyak di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi  ketika mangsa yang berusia 45 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Menurut beliau, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta e-hailing dipandu lelaki warga emas berusia 65 tahun membelok ke kanan untuk masuk ke stesen minyak.

“Mangsa kemudian merempuh pintu kiri penumpang hadapan kereta terbabit.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi media.

Ibrahim berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img