Kanak-kanak lelaki 10 tahun hilang dibawa arus sungai

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di Hulu Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 petang.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Katanya, sebaik sahaja tiba, anggota melaporkan mangsa dipercayai lemas dibawa arus sungai.

“Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi,” katanya dalam kenyataan petang ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img