Malaysia-New Zealand komited kukuh kerjasama sektor strategik

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan dan Pelaburan New Zealand, Todd McClay di Suzhou, China.

Johari berkata dalam pertemuan itu Malaysia dan New Zealand komited memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa sektor strategik termasuk bidang tenaga boleh baharu dan ekonomi halal.

“Perbincangan turut tertumpu kepada pembinaan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan serta memperluas peluang dalam ekonomi halal dan industri bernilai tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang kedua-dua negara,” katanya selepas pertemuan tersebut.

Menurut Johari, kedua-dua negara turut menegaskan kepentingan platform perdagangan serantau seperti CPTPP, APEC, AANZFTA dan FIT-P dalam memperkukuh integrasi ekonomi, perdagangan berasaskan peraturan serta daya tahan ekonomi serantau.

“Malaysia turut menonjolkan potensi negara sebagai pintu masuk halal strategik New Zealand ke rantau ASEAN, selain meneroka peluang kerjasama lebih mendalam dalam teknologi hijau, perdagangan digital dan sektor pembuatan maju,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img