‘’Tiada apa yang baharu’’ – Hassan Karim ulas agenda parti Rafizi-Nik Nazmi

AHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mempersoalkan agenda 12 perkara Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) kerana dilihat tidak menawarkan sesuatu yang benar-benar baharu berbanding reformasi yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beberapa cadangan yang diketengahkan BERSAMA, yang diambil alih bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, tidak memerlukan platform politik baharu.

HASSAN Abdul Karim

Salah satu cadangan itu ialah sistem keselamatan sosial nasional, katanya.

Beliau berkata, Kerajaan PH sedia ada boleh melaksanakannya dan  menegaskan kekangan kewangan kekal menjadi cabaran utama bagi mana-mana kerajaan untuk melaksanakan program sedemikian, lapor FMT

Mengenai sasaran BERSAMA untuk mengurangkan pekerja migran kepada 5% daripada tenaga kerja negara, Hassan  berkata pentadbiran terdahulu juga telah mengiktiraf keperluan mengurangkan kebergantungan negara terhadap buruh asing.

“Kerajaan terdahulu sedar bahawa tidak baik untuk Malaysia terlalu bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau merujuk kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 — pelan pembangunan 10 tahun yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2019 — dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh dasar kerajaan untuk menangani isu itu.

Hassan berkata Rafizi membantu menyediakan RMK13 semasa menjadi menteri ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img