Pemain ragbi SUKMA PulauPinang meninggal dunia ketika latihan

SEORANG pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang meninggal dunia ketika menjalani latihan di padang bola Batalion 2 Pasukan Gerakan Am di Kulim, Kedah.

Timbalan Ketua Polis Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, berkata  jurulatih ragbi memaklumkan kepada ibu Allahyarham bahawa anaknya rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan kira-kira 5.30 petang semalam.

Menurutnya, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang tidak memberikan sebarang respons selepas diberikan bantuan awal, dibawa ambulans ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan pemuda itu sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Siasatan mendapati beliau tidak mempunyai sejarah penyakit sebelum ini dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Arau, Perlis dan sedang menjalani latihan amali di Kulim.

Sementara itu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM perlu melalui Facebooknya menyifatkan mereka kehilangan sebutir permata dengan pemergian Allahyarham Muhammad Adam Putra

‘’Segala jasa, bakti, dan kenangan bersama arwah di kampus Arau akan sentiasa terpahat di hati kami.  Semoga Allah SWT memberikan ketabahan yang tinggi kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh,’’ kata Fakulti itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img