Kontena ‘ubi kentang’ rupanya berisi ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

TAKTIK mengikrarkan ayam sejuk beku sebagai ubi kentang dan kacang pis untuk dibawa masuk ke negara ini terbongkar apabila 14 kontena dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Rampasan membabitkan 404,232 kilogram ayam sejuk beku yang dipercayai diimport dari China dan Hong Kong dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.43 juta.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan bermula 19 Mei lalu hasil kerjasama strategik antara AKPS, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) serta pihak berkuasa pelabuhan.

“Hasil pemeriksaan di Kawasan Pemeriksaan Kastam (CEA) mendapati semua kontena terbabit sebenarnya mengandungi ayam sejuk beku yang dipercayai dibawa masuk melalui pengikraran tidak benar.

“Produk berkenaan dipercayai berasal dari China dan Hong Kong serta sudah dipaketkan dan sedia untuk dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Sepanggar, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket menggunakan taktik mengikrarkan barangan lain bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelak dikesan ketika proses kemasukan di pelabuhan.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut mengenal pasti 12 lagi kontena yang dipercayai menggunakan modus operandi sama dan kini berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Katanya, semua kontena tambahan itu dianggarkan mengandungi 348,000 kilogram barangan dengan nilai dagangan kira-kira RM3.42 juta.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img