Dua premis jadi pusat lombong bitcoin haram diserbu

TAKTIK menjadikan dua premis tertutup dan tidak beroperasi sebagai pusat perlombongan bitcoin haram terbongkar selepas diserbu polis dalam Ops Elektrik di Bandar Satelit, Muadzam Shah, Rompin, semalam.

Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuantan Zon Timur.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua premis berkenaan menggunakan sambungan elektrik secara haram bagi menjalankan kegiatan perlombongan mata wang digital.

“Polis merampas 36 mesin perlombongan mata wang digital selain ‘blower’, kipas, dua set komputer dan modem Wi-Fi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan individu terbabit sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Sharif Shai berkata, pihaknya akan terus mempergiat pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan perlombongan mata wang digital secara haram yang bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada negara malah boleh mengancam keselamatan awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img