MPHS lupuskan 197 mesin bitcoin bernilai RM788,000

MAJLIS Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melupuskan sebanyak 197 mesin perlombongan bitcoin bernilai kira-kira RM788,000 yang dirampas di sekitar Shah Alam, semalam.

MPHS dalam satu kenyataan memaklumkan, pelupusan berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), membabitkan hasil rampasan sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, proses pelupusan dilakukan secara simbolik menggunakan jentera penggelek di bawah peruntukan Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Tindakan ini mencerminkan ketegasan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti perlombongan bitcoin haram, khususnya membabitkan kecurian bekalan elektrik.

“Ia juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan undang-undang dipatuhi di kawasan pentadbiran MPHS,” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, pelupusan tersebut merupakan kesinambungan daripada operasi bersepadu yang dilaksanakan bersama TNB dalam usaha menangani kegiatan perlombongan bitcoin secara haram.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img