Pekerja korek pasir lemas terjatuh dari bot

SEORANG pekerja korek pasir warga Indonesia ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menjalankan kerja menarik pasir menggunakan bot di Kampung Paka-Paka, semalam.

Mangsa, Vinsensius Sare Tukan, 42, ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi semalam pada kedalaman lapan meter di lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.58 malam.

Menurutnya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 6 petang ketika melakukan aktiviti menarik pasir menggunakan bot penarik.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini memasuki hari kedua dengan kaedah pencarian di permukaan air dan tebing sungai.

“Selepas beberapa jam operasi dijalankan, mayat mangsa ditemukan pada kedalaman lapan meter di lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img