Orang ramai dinasihatkan tidak tergesa-gesa tukar MyKad – JPN

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menasihatkan orang ramai agar tidak tergesa-gesa menukar MyKad kerana dokumen pengenalan sedia ada masih sah digunakan bagi semua urusan rasmi, termasuk penebusan subsidi dan bantuan kerajaan.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengeluaran dan penggantian MyKad Struktur Baharu hanya akan dilaksanakan selepas pelancarannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Katanya, sebagai permulaan, pelaksanaan itu akan dibuat secara berfasa di Ibu Pejabat JPN Putrajaya serta 18 pejabat JPN terpilih menerusi sistem janji temu, sebelum diperluas ke seluruh negara secara berperingkat.

Menurut JPN, pendekatan itu bertujuan memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan teratur selain mengelakkan kesesakan di kaunter.

“JPN menetapkan keutamaan pengeluaran MyKad Struktur Baharu kepada pemohon yang membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN serta pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1.

“Pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 diwajibkan menukar kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun,” kata kenyataan itu.

JPN turut memberi jaminan bahawa keselamatan data dan maklumat peribadi pemegang MyKad akan terus dilindungi menerusi ciri keselamatan serta kawalan perlindungan data yang ditetapkan kerajaan.

Maklumat lanjut termasuk Soalan Lazim (FAQ) mengenai pelaksanaan MyKad Struktur Baharu boleh diperoleh menerusi portal rasmi JPN.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img