Tujuh kereta terpakai musnah dalam kebakaran

TUJUH kereta terpakai musnah hampir keseluruhannya dalam kebakaran di sebuah pusat pengumpulan kenderaan terpakai di Kampung Tambak Jawa, Kuala Selangor, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bersama bantuan BBP Kapar digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 11.48 malam.

“Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan tujuh buah kereta terpakai pelbagai jenis di sebuah tempat pengumpulan kenderaan terpakai.

“Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 90 peratus dan kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.52 malam sebelum kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan lanjut dijalankan.

Katanya, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Kuala Selangor dan BBP Kapar terbabit dalam operasi berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img