Dua rumah musnah dalam kebakaran di Mukah, tiada mangsa cedera

DUA rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Bunut, Mukah, pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera atau terperangkap.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.23 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba pada jam 9.34 pagi dan mendapati dua rumah struktur tidak kekal berkeluasan kira-kira 1,500 kaki persegi setiap satu sedang marak terbakar.

“Kedua-dua rumah terbabit musnah sepenuhnya dengan anggaran kemusnahan 100 peratus. Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 20 minit menggunakan sumber air daripada pam jentera bomba dan pili bomba berhampiran.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.17 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi punca nyalaan dan keadaan selamat.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img