Sorok 825 liter diesel dalam kotak ais, cubaan seludup ke Thailand terbongkar

TAKTIK menyembunyikan diesel dalam kotak penyimpanan ais bagi mengaburi pihak berkuasa terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 825 liter bahan api itu dalam serbuan di sebuah stor di Pengkalan Kubor, Tumpat, petang semalam.

Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, stor yang terletak dalam kawasan sebuah kilang memproses ais di Kampung Surau Lama Geting itu dipercayai dijadikan lokasi transit untuk menyimpan diesel sebelum diseludup ke Thailand melalui Sungai Golok.

Menurutnya, serbuan dijalankan kira-kira jam 5.45 petang hasil risikan dan pemantauan yang dilakukan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebuah kotak penyimpanan ais berwarna putih yang mengandungi 33 tong plastik berisi 825 liter diesel.

“Kita percaya lokasi ini baru sahaja digunakan sebagai transit bagi kegiatan penyeludupan diesel ke Thailand,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, stor yang terletak bersebelahan kilang air batu dan berhadapan tanah perkuburan itu dipercayai dipilih bagi mengelakkan kegiatan berkenaan dikesan pihak berkuasa.

Katanya, nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menyimpan barang kawalan tanpa permit atau lesen yang sah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img