Gaduh: Lima lelaki ditahan bantu siasatan

POLIS menahan lima lelaki tempatan termasuk remaja berusia 18 tahun yang terbabit dalam pergaduhan berhampiran Pangsapuri Seri Perantau di Pelabuhan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 petang semalam.

“Susulan laporan diterima, lima suspek berusia antara 18 hingga 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua suspek direman empat hari bermula hari ini dan punca pergaduhan berkenaan masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau objek yang boleh mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menjejaskan proses siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk tampil menyalurkannya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, rakaman yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh tular dalam media sosial.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img