Remaja ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Bagan Lalang

SEORANG remaja lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama rakan di Pantai Bagan Lalang di Sepang petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa, Mohd Akhil Zamani Sanusi, 17, dilaporkan mandi bersama rakan-rakannya sebelum dipercayai lemas.

 Mayat remaja itu ditemukan kira-kira 300 meter dari pantai dan 10 meter dari tempat dia dilaporkan hilang jam 6.50 petang ini.

Penguasa Kanan Bomba (PKB) II, Mohamad Issmanto Md Pono berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.18 petang.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang tiba di lokasi sebelum operasi pencarian dijalankan dengan bantuan unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan bot di kawasan perairan berhampiran.

“Pencarian turut membabitkan beberapa unit PPDA dari balai berbeza bagi memperluaskan kawasan pencarian di laut.

“Mangsa ditemukan pada jam 6.50 petang oleh unit PPDA pada jarak kira-kira 300 meter dari pantai dan 10 meter dari lokasi lemas.

“Remaja itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada polis.

“Operasi SAR turut membabitkan kekuatan 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pelbagai jentera dan bot penyelamat dengan bantuan beberapa agensi keselamatan lain di lokasi kejadian,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img