Pelajar UniKL dan abang maut, kereta terbabas di Jempol

SEORANG pegawai  keselamatan bersama adiknya yang merupakan pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL)  selepas kereta yang mereka terbabas di di Jalan Bahau-Kemayan, Jempol semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, ketika kejadian jam 8.40 malam itu, kereta Volkswagen dinaiki mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju Temerloh, Pahang.

“Kereta jenis Volkswagen dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun bersama dua adik lelaki berusia 27 dan 25 tahun. Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dari arah bertentangan dan merempuh pula sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau  kejadian itu menyebabkan  pemandu yang bekerja sebagai pegawai keselamatan dan penumpang belakang berusia 25 yang juga pelajar UniKL maut di tempat kejadian kerana cedera parah.

Norhisham berkata penumpang hadapan turut cedera dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.

Beliau meminta orang yang mempunyai maklumat mengenai  kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img