Agong ingatkan ahli politik sentiasa jaga tutur kata, berhati-hati keluarkan kenyataan

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menitahkan semua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitif terutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medan untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.

“Elakkan provokasi dan pertikaian mengenai isu sensitif yang berkaitan dengan Raja, bangsa dan agama, kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta perwakilan asing.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img