SATU kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perumahan yang padat penduduk di Kemayoran, Jakarta Pusat malam tadi.
Menurut pihak berkuasa, kejadian menyebabkan tiga penduduk cedera dan memaksa ratusan keluarga meninggalkan kediaman mereka.

Selepas beberapa jam operasi pemadaman dijalankan, kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira 11.30 malam.
Operasi selesai sepenuhnya pada 4.15 pagi ini.
Kebakaran itu menyebabkan 330 isi rumah, atau kira-kira 620 orang, kehilangan tempat tinggal dan terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta berkata, ia menerima laporan awal pada jam 8.55 malam dan segera menghantar anggota bomba ke tempat kejadian.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.


